Monday, January 19, 2009

Damaskus bercucuran air mata

Ketika serangan udara Zionis keatas kota Gaza pertama kali bermula sabtu yang lalu pada 27 Disember 2008 saya menerima e-mail daripada seorang kawan di Damaskus, Syria. Beginilah bunyinya sebahagian isi suratnya:


"Masjid-masjid di seluruh Damaskus basah oleh air mata para jama'ah, ketika para imam menutup rakaat terakhir solat Asar tadi dengan Qunut Nazilah yang menggetarkan. Para imam itu mengangkat tangan ke langit dan berdoa":


"Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,


Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,


Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,


turunkan para Malaikatmu untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan Seluruh Palestin, sebagaimana telah kau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk.


Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,


ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza, kuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka, menjadi generasi yang akan membawa kami kepada kejayaan Islam di dalam Jihad fii Sabiilillah.


Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,


janganlah Kau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman keatas saudara-saudara kami.


Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin Mukhlisin dan para Syuhada yang menjemput Syurga-Mu.


Jangan Kau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu.


Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,


anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-Mu dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim."


[Dipetik daripada era muslim.com - dengan sedikit alih bahasa]

No comments:

Post a Comment