Friday, January 16, 2009

Perkara 5

KELIMA :

Di sini kami ingin mengingat dan menegaskan peranan masyarakat dunia dalam membantu mereka dalam isu ini dan kewajipan di segi Syarak yang agama kita mewajibkan ke atas mereka ialah berjihad di jalan Allah dengan erti kata yang sebenar-benarnya, menyumbang bantuan material, melakukan pemboikotan ekonomi, politik dan kebudayaan terhadap Israel dan terhadap negara-negara yang mendokongnya samada di Barat atau Timur, menolak untuk mengadakan hubungan dengannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Kami menegaskan bahawa haram berinteraksi dengan badan Zionis ini dan dengan sesiapa yang mendokongnya dalam apa bentuk sekalipun.

Kita wajib berpendirian seperti firman Allah swt bermaksud,

“Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim”

(Ali Imran : 139-140).

Menjadi kewajipan sekelian umat Islam agar bersatu dan berhimpun di bawah satu kepimpinan. Setiap dari kalangan mereka menjalankan peranan masing-masing dan meninggalkan segala bentuk perselisihan yang dimurkai Allah yang membantutkan Jihad dijalanNya.

Firman Allah swt bermaksud,

“Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dulu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan hati-hati dan dengan nikmatNya kamu jadi bersaudara”.

(Ali Imran : 103).

Ini adalah kenyataan umum kepada orang ramai. Setiap orang menanggung tanggungjawab masing-masing. Kepada para Mujahideen di Gaza, Palestin dan di mana sahaja bumi Islam yang sedang dijajah, kami katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya dengan darah, kamu telah membayar harga Iman, keagungan dan kemuliaan. Oleh itu teguhlah kamu, maralah ke hadapan dan bersabarlah. Allah bersama kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mensia-siakan amalan-amalan kamu.

Firman Allah swt bermaksud,

“Orang-orang yang apabila manusia berkata kepada mereka “Sungguh manusia telah menghimpunkan (kekuatan) untuk (memerang) kamu, maka takutkan kamu kepada mereka. (Namun yang jadi sebaliknya) maka bertambah keimanan mereka lalu berkata, ‘Cukuplah kami dengan Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung”

(Ali Imran : 173).


Ditandatangani oleh :
1. Dr Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri - Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar
2. Dr. Nasr Farid Wasil
3. Dr Zaghlul An-Najjar
4. Dr Abdul Sattar Fathullah Said
5. Dr Muhammad Ammarah
6. Dr Al-Fattah Asy-Syeikh
7. Dr Safwat Hijazi
8. Ustaz Asy-Syeikh Jamal Qutb
9. Ustaz As-Syeikh Ahmad Al-Mahlawy
10. Dr Abdul Halim Uwais
11. Dr Mohd Rakfat Uthman
12. Dr Abdullah Barakat
13. Dr Abdullah Samak
14. Ustaz Asy-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy
15. Ustaz Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail
16. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Jibril
17. Dr Solah Sultan
18. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Halil
19. Dr Mohd As-Soghir
20. Ustaz Asy-Syeikh Saleim Abu Al-Futuh
21. Dr Ahmad Al-Assal
22. Dr Hazim As-Sarsawy
23. Dr Abdul Rahman Foudah
24. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Mustafa
25. Dr Hussein Syihatah
26. Dr Solah Harun
27. Ustaz Asy-Syeikh Salamah Abdul Qawiyy
28. Dr Jamal Abdul Hadi
29. Dr Hasan Ubaid
30. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Abdul Fattah
31. Dr Ahmad Abu Huzaifah
32. Dr Alak As-Sayyid Abdul Rahim
33. Dr Umar Abdul Aziz
34. Ustaz Asy-Syeikh Rejab Zaki
35. Dr Mazin As-Sarsawy
36. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Sabry
37. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Al-Juhayny
38. Ustaz Asy-Syeikh Muzhir Amin
39. Ustaz Asy-Syeikh Ali Abu Al-Hasan
40. Ustaz Asy-Syeikh Mustafa Al-Azhary

No comments:

Post a Comment